SPAKK

  • Kem/Jab: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
1. SYARAT
1.1 Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b)

berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;

(c) diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan; dan 
(d) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
1.2 Terbuka kepada calon lelaki atau perempuan.
1.3 Telah menamatkan pengajian dan mempunyai diploma serta transkrip.
1.4 Nilai CGPA 2.70 ke atas.
1.5 Tidak berkhidmat sebagai kakitangan tetap kerajaan.
2. MAKLUMAT ASAS KURSUS
2.1 Tempat : Institut / Pusat Latihan KEMAS
2.2 Tempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan
2.3 Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak KEMAS. Sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di seluruh negeri
3. CARA MEMOHON
3.1 Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di http://ejawatan.totalconfigure.com;
3.2 Calon tidak dibenarkan untuk mengisi lebih daripada satu permohonan;
3.3 permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan akan ditolak;
3.4 hanya permohonan yang dibuat secara atas talian di http://ejawatan.totalconfigure.com sahaja yang akan diterima; dan
4. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 05 NOVEMBER 2018
5. PANGGILAN TEMU DUGA
5.1 hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil utuk sesi temu duga
5.2 calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.
www.kemas.gov.my